Friday, April 10, 2009

I've learnt to know who am i....

Setiap apa yang dilakukan segalanya hanya untuk meningkatkan keyakinan diri dan keberanian dalam membuat keputusan pada masa akan datang. Aku bersyukur apabila diberi peluang melalui pengalaman ini.

Being a leader, that is not easy to face it but we should be brave and have high confident to make decision in any situation. The position sometime make me scared of myself. I dont know how to make sure all the member satisfy with my leadership. Sometime I cry to do mistake.. But now i've learnt to be better than before...

2004 - Perlantikan Ketua Penaja Puteri Umno Cawangan Titi Serong
2005 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia 2005/06
2008 - Naib Ketua Puteri Bahagian Parit Buntar

Life is challanging... Make it better. So, everyday we should have changing to be a good one... Quality is better than Quantity .even both are important in challanging life...

Penerokaan yang tiada noktah...

Kehidupan ini adalah suatu pengalaman yang tidak dapat diramal, cuma kita yang berakal harus tahu untuk menilai dan menghadapinya... Dengan adanya akal dan pengetahuan, pasti diri kita sentiasa berada ditempat yang dipercayai... Kejujuran dan keikhlasan merupakan perkara asas yang perlu ada pada seseorang pemimpin selain bijak dan berani.

Kepercayaan yang diberi di kala usia 20 tahun adalah satu penghargaan menjadi kejutan dan teka-teki dalam hidup ini. Tapi aku mula belajar memikirkan masa depan walau zaman sekolah aku sering tercari-cari di mana langkahku seterusnya. Aku tidak pernah tahu diri ini yang sebenarnya, apa yang dicari tidak pernah muncul dengan jawapan yang tepat untuk dijelaskan. Hari ke hari aku tinjau dan cuba menerokainya, namun rupanya Dia telah atur kehidupan ini.

Sebelum aku melangkah ke Universiti Utara Malaysia pada pertengahan bulan Jun, aku seperti tidak percaya tatkala diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Penaja Puteri Umno Cawangan Titi Serong. Aku dipertanggungjawabkan menjadi pemimpin pada semua puteri cawangan yang berkaitan. Bukan mudah untuk melaksanakannya, apatah lagi kebanyakan hli lain berusia lebih tua dariku. Hati ini kadang-kadang takut tersilap kata dan perbuatan terhadap mereka. Tahun pertama sangat menguji diri ini untuk menjadi pemimpin dan membuat keputusan. Namun, pengalaman itu mendewasakan aku. Diri ini menjadi lebih berani dalam melaksana dan membuat satu ketetapan dalam organisasi yang ku pimpin.

Langkahku ke UUM ada satu matlamat yang ku cari iaitu berjaya dalam bidang Ekonomi. Menimba ilmu dan juga pengalaman bukan sahaja ekonomi bahkan aku mula pertingkatkan ilmu kepimpinanku. Perbaiki diri untuk menjadi pemimpin yang berkualiti. Walaupun bidang yang kubawa sukar bagi semua pelajar tapi alah bisa tegal Biasa... Sekali lagi aku diberi peluang dan kepecayaan oleh beberapa pihak untuk menjadi pemimpin pelajar. Kepercayaan yang diberi untuk menjadi sebahagian ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2005/06 suatu yang tidak terjangka bagiku.

Minatku semankin mendalam untuk memperbaiki diri dan berjaya dalam bidang yang ku lalui sekarang ini. Jiwaku bukan sahaja ada istilah ekonomi dan kepimpinan tapi politik juga semakin sebati dengan jiwaku. Di universiti aku belajar terus belajar bukan sahaja untuk membuat program-program sebaliknya aku cuba menimba kepelbagaian ilmu untuk menambah nilai dalam diri sendiri.

Kepimpinan Satu Tanggungjawab

Setiap insan pasti dianugerahkan sifat kepemimpinan dalam diri apatah lagi lahirnya ke dunia mereka sudah bergelar pemimpin yang mempunyai akal dan fikiran. Ibupaba menjadi peranan penting untuk anak-anaknya menjadi pemimpin yang terbaik di samping mampu memimpin diri sendiri untuk mencapai kejayaan sepanjang hidup mereka.

Hati ini tiba-tiba sebak dengan setiap anugerah yang diberi di mana aku bukan sahaja belajar untuk memimpin diri bahkan ada pihak yang memberi kepercayaan menjadi pemimpin dikalangan golongan muda. Segalanya berlaku dengan pantas sehinggakan aku sentiasa mengambil inisiatif memperbaiki diri yang masih ada kekurangan.

Selama 20 tahun, aku mencari identiti diri. Kini aku redha rupanya Dia anugerahkan aku kepercayaan dan keistimewaan yang sangat bernilai. Walaupun sukar untuk melaluinya, aku bersyukur dengan setiap pemberianNya. Dia sentiasa bersama dalam memberi kekuatan untuk aku bangkit memperbaiki kelemahan diri.

Masa Lalu itu Satu Petanda


Pepatah 'Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan' sudah menjadi kebiasaan dalam diri setiap insan yang ingin mencapai sesuatu impiannya. Jika bukan individu itu sendiri tidak berusaha, manakan orng lain ingin membantu kita. Jangan sesekali kita lepaskan setiap peluang yang datang pada kita. Sebaliknya terima dan nilai sebaiknya untuk kemajuan pada masa akan datang.