Wednesday, February 18, 2009

Time to write...








Memo : Pertama kali menjadi seorang penulis ternyata ada cabarannya, apatah lagi bagi individu yang tiada asas penulisan yang kreatif.

Hanya berbekalkan pengalaman menulis artikel di kala belajar terdahulu, langkah harus diteruskan untuk menambahkan kepelbagaian ilmu dan pengalaman yang ada.

Tiada kata-kata sesalan yang terdetik dalam hati walaupun bidang yang dipelajari tersasar jauh daripada bidang yang diterokai kini. Namun, bidang ekonomi masih lagi terpahat dihati kerana itu ilmu pertama dan terakhir yang akanku terokai dalam hidup.

Kehidupan tidak pernah sunyi kiranya kita sentiasa meneroka segala ilmu dan pengetahuan di sekeliling kita. Bukan satu kerugian jika kita mencuba sesuatu yang baru untuk kemajuan diri pada masa hadapan.

Menjadi insan yang serba boleh adalah impianku... Hidup menjadi lebih bermakna tatkala kita memenuhi hasrat diri dan mengenali diri sendiri tanpa melukakan hati dan perasaan orang lain.

Pengalaman yang kita lalui itu lebih berharga dari kita mendengar pengalaman dari pihak lain. Dengan pengalaman yang ada, keyakinan kita pasti menebal dalam mengharungi kehidupan yang beronak liku dan kebijaksanaan akan dipraktikkan tanpa sebarang keraguan.

Bila menjadi penulis, otak kita semakin berfikir dan kreatif dalam menggunakan bahasa dan mempamerkan kata-kata yang mematangkan diri.

Bank's World



Memo : Pengalaman pertama dalam dunia pekerjaan sebenar mengajar setiap individu berdikari untuk meneruskan hidup yang semakin mencabar. Bukan mudah untuk mencari pekerjaan yang benar-benar kita impikan. Namun, kita tidak boleh memilih pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

Sebaik saja menamatkan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia, hati ini semakin berdebar untuk menghadapi kesukaran untuk mencari perkerjaan. Tapi jika tidak usaha, manakan rezeki akan datang pada kita. Alhamdulillah, bank adalah langkah pertamaku dalam meneroka arus pekjerjaan.. kamus hidupku tidak ada perkataan letih atau menunggu sebaliknya aku sudah biasa mencari seperti mana aku belajar sesuatu di UUM. Dalam kehidupan, ' Tak Ada Rezeki Yang Akan Datang Bergolek' dan setiap pengalaman yang kita lalui itu adalah motivasi dan kekuatan untuk kita memperbaiki setiap kelemahan yang kita ada.

Selama 6 bulan bekerja di bank, pengalamanlah yang paling berharga dalam diri tatkala aku semakin matang dalam membezakan yang mana baik dan buruknya. Walaupun gembira dengan semua kenalan di sana, namun aku belajar sesuatu yang bermakna untuk perjuanganku pada masa depan.