Thursday, April 16, 2009

Letih........ Tapi senyuman tetap diberi tanpa mengira masa...


Kempen ECO FRRIENDLY merupakan satu program kemasyarakatan yang memberi maklumat dan memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar di samping mengubah sikap serta gaya hidup yang lebih positif dalam membentuk sebuah generasi yang harmoni.

Kempen ini bertujuan merakyatkan kesedaran mengenai peri pentingnya penjagaan alam sekitar masa kini dan juga memberi pendedahan serta kefahaman mengenai kepentingan sains angkasa secara massa. Kempen ini merangkumi pelbagai lapisan masyarakat terutama sekali golongan belia yang bakal menerajui kepemimpinan arus perdana negara pada masa akan datang. Selain menyampaikan maklumat dan ilmu mengenai bidang astronomi, kempen ini secara lansung dapat meningkatkan keseimbangan dan membudayakan amalan dan sifat cintakan alam sekitar.




Inilah kali pertama program belia yang ku rasa selepas tamat belajar di UUM... Rindu tak terkira suasana yang lalu...

Program Kempen Eco-Friendly anjuran Majlis Belia Wilayah Perseketuan dan Agensi Angkasa Negara merupakan program pertama yang ku sertai setelah setahun menanti untuk merasai suasana begitu sebelum aku bergiat aktif di bahagian sendiri...

Pengalaman itu begitu memberi motivasi yang sangat berguna dalam memperbaiki kelemahan diri sendiri... Apatah lagi, pertama kali menjadi Miss Of Ceremony yang banyak melakukan kesilapan yang tidak disedari...