GUA KANDU merupakan sebuah guan batu kapur yang popular untuk diterokai terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak. Batu kapur mudah terhakis, hancur dan larut apabila terkena air hujan dan air larian.
Ia dianggarkan telah wujud antara 400 - 500 juta tahun lalu. Pembentukan pelbagai bentuk dari stalagmit dan stalaktit ini amat menarik untuk diterokai.
Jumlah hujan yang banyak di kawasan khatulistiwa menyebabkan terbentuknya sungai dalam gua, stalaktit dan stalakmit.
Di Gopeng, terdapat juga pelbagai gua termasuk Gua Tempurung dan Gua Mesah.
' Sungguhpun Sukar Untuk Kita Mengecapi Sesuatu Kejayaan, Namun Tidak Mustahil Kita Mampu Memilikinya'
Thursday, November 17, 2011
MENYENTUH HATI... SUAMI JATUH DI LAUT DAN TIDAK KEMBALI
PULAU PANGKOR WIKIPEDIA
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
- Kota Belanda
- Batu bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Pantai Pasir Bogak
- Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.
Isi kandungan[sorokkan] |
Gugusan Pulau Pangkor
- Pulau Mentagor
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
Cara ke sana
- Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
- Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
- Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, anda ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut / Sitiawan
- kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang.
- Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.
Penduduk
- 1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
- 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.
Sejarah
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai sultan Perak . Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)
Sumber : Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)