Sunday, April 26, 2009

Seni Satu Perjuangan


Benar kata orang 'Tidak Kenal Maka Tidak Cinta'. Bukan mudah untuk kita mencintai sesuatu benda. Apatah lagi jika ia jauh dari pandangan mata. Tapi tidak mustahil dari mata dan pendengaran, kita akan jatuh hati sehingga cinta itu menjadi sebahagian dari hidup kita.
Jika dahulu, dunia seni tiada dalam kamus atau diari hidup ini. Tapi kini seni itu satu keunikan yang kini menjadi sebahagian dalam kehidupan. Seni itu luas maknanya kerna ia terlalu abstrak dan subjektif. Sukar dinyatakan dalam bentuk kata mahupun perbuatan, tapi hanya hati dan jiwa yang dapat mengambarkan dan memberi penjelasannya.
Jika ramai yang berkata bahawa seni itu satu hiburan. Itu hanya satu pendapat. Ia sememangnya menghiburkan tapi bergantung pada seseorang itu untuk menerimanya dengan apa jua cara.
Seni itu terlalu halus sifatnya sehinggakan sukar untuk seseorang itu memahaminya. Tapi jika dia berjaya menghayati, maka kehidupan ini sangat bermakna dan berjiwa.
Kata-kata yang sukar difahami oleh orang biasa tapi ia amat bermakna bagi yang tahu menilai. Jika kita tersalah memahaminya, kita tidak akan menghargainya...
Seni itu satu perjuangan dan ia turut memerlukan pihak ketiga untuk menyampaikannya... Seni itu bagaikan jiwa dan hati manusia... Sukar untuk disampaikan dengan pacaindera yang kasar.. Tapi ia dapat diungkapkan dengan tulisan, lukisan, gambar, dan objek lain.