Thursday, February 26, 2009

Setiap kejayaan menguji kredibiliti seseorang individu...

Majlis ini dapat mewujudkan kemesraan di antara media, artis dan peminat di samping mengeratkan hubungan dalam urusan kerjaya mahupun kehidupan...
Permainan 'Siapa Paling Panjang' sememangnya menarik minat peserta yang melibatkan diri untuk menjayakannya.. Apatah lagi, permainan ini menguji kreativiti dari segi mental dan fizikal setiap peserta bagi memastikan kejayaan milik mereka dalam permainan tersebut..



Seisi cabutan bertuah pastinya menarik perhatian hadirin yang datang bagi membawa pulang hadiah yang disediakan oleh pihak MH..









Kasih Sayang Kunci Kebahagian Dalam Kehidupan..


Majlis Mesra kasih Sayang Media Hiburan pastinya amat menarik dan memberikan kepuasan yang tidak terhingga bagi mereka yang hadir pada 13 Februari 2009 di Kampung Pengantin, Ampang, KL.

Saturday, February 21, 2009

Kehidupan semakin berwarna-warni dengan pengalaman hidup...

Besarnya pakaian ni... baju omma...

Budaya timur masyarakat Korea sangat sopan dan penuh kasih sayang..


Pengalaman itu guru terbaik yang memberi keyakinan kepada kita untuk melakukan sesuatu dan membuat keputusan bijak pada masa akan datang.

Budaya timur sungguh sopan, lembut , berdisiplin dan sentiasa mendapat pujian ramai pihak... Ini bukan sahaja dilihat di negara seperti korea dan jepun, bahkan Malaysia juga tidak terkecuali mendapat perhatian dari masyarakat negara lain.

Teringat pertama kali mempelajari bahasa korea dari Omma, seorang wanita yang pernah menjagaku semasa berada di Seoul ketika menjalani program delegasi kepimpinan selama 8 hari.

'ANYONG HASEYO', perkataan pertama yang dipelajari dengan hati yang gembira. Pergi ke mana sahaja saya akan sampaikan pada penduduknya.. Seronok rasanya bila rakyatnya memberi tidak balas positif kepada kita... Orang berbudi kita berbahasa...

Kadang2 terfikir pula kenapa orang korea akan menyapa seseorang dengan gaya menundukkan sedikit kepala?
Oooo.. Rupa2nya mereka menghormati orang orang lain dengan perasaan rendah diri. Itu pandangan pertama dalam pemikiran mereka.

Berbeza dengan budaya melayu yang beragama islam, budaya timur tetap sama namun adatnya berbeza... Biasanya masyarakat melayu akan bersalaman tatkala berjumpa sambil mengucapkan salam dengan lafaz ' Assalamualaikum SWT''...

Bersalaman sesama individu menunjukkan wujudkan satu perhubungan dan terjalinnya persaudaraan. Namun, cara bersalaman seharusnya di ambil perhatian... Janganlah bersalaman hanya sekadar syarat, tapi lakukanlah secara ikhlas dengan senyuman.

Namun, ada juga segelintir individu yang bersalaman sambil memaling kepada pada tempat lain.. sungguh menyedihkan... Janganlah kita menjadi sombong dan bongkak kerasa sikap itu akan memakan diri sendiri...



Wednesday, February 18, 2009

Time to write...








Memo : Pertama kali menjadi seorang penulis ternyata ada cabarannya, apatah lagi bagi individu yang tiada asas penulisan yang kreatif.

Hanya berbekalkan pengalaman menulis artikel di kala belajar terdahulu, langkah harus diteruskan untuk menambahkan kepelbagaian ilmu dan pengalaman yang ada.

Tiada kata-kata sesalan yang terdetik dalam hati walaupun bidang yang dipelajari tersasar jauh daripada bidang yang diterokai kini. Namun, bidang ekonomi masih lagi terpahat dihati kerana itu ilmu pertama dan terakhir yang akanku terokai dalam hidup.

Kehidupan tidak pernah sunyi kiranya kita sentiasa meneroka segala ilmu dan pengetahuan di sekeliling kita. Bukan satu kerugian jika kita mencuba sesuatu yang baru untuk kemajuan diri pada masa hadapan.

Menjadi insan yang serba boleh adalah impianku... Hidup menjadi lebih bermakna tatkala kita memenuhi hasrat diri dan mengenali diri sendiri tanpa melukakan hati dan perasaan orang lain.

Pengalaman yang kita lalui itu lebih berharga dari kita mendengar pengalaman dari pihak lain. Dengan pengalaman yang ada, keyakinan kita pasti menebal dalam mengharungi kehidupan yang beronak liku dan kebijaksanaan akan dipraktikkan tanpa sebarang keraguan.

Bila menjadi penulis, otak kita semakin berfikir dan kreatif dalam menggunakan bahasa dan mempamerkan kata-kata yang mematangkan diri.

Bank's World



Memo : Pengalaman pertama dalam dunia pekerjaan sebenar mengajar setiap individu berdikari untuk meneruskan hidup yang semakin mencabar. Bukan mudah untuk mencari pekerjaan yang benar-benar kita impikan. Namun, kita tidak boleh memilih pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

Sebaik saja menamatkan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia, hati ini semakin berdebar untuk menghadapi kesukaran untuk mencari perkerjaan. Tapi jika tidak usaha, manakan rezeki akan datang pada kita. Alhamdulillah, bank adalah langkah pertamaku dalam meneroka arus pekjerjaan.. kamus hidupku tidak ada perkataan letih atau menunggu sebaliknya aku sudah biasa mencari seperti mana aku belajar sesuatu di UUM. Dalam kehidupan, ' Tak Ada Rezeki Yang Akan Datang Bergolek' dan setiap pengalaman yang kita lalui itu adalah motivasi dan kekuatan untuk kita memperbaiki setiap kelemahan yang kita ada.

Selama 6 bulan bekerja di bank, pengalamanlah yang paling berharga dalam diri tatkala aku semakin matang dalam membezakan yang mana baik dan buruknya. Walaupun gembira dengan semua kenalan di sana, namun aku belajar sesuatu yang bermakna untuk perjuanganku pada masa depan.