Wednesday, February 18, 2009

Time to write...








Memo : Pertama kali menjadi seorang penulis ternyata ada cabarannya, apatah lagi bagi individu yang tiada asas penulisan yang kreatif.

Hanya berbekalkan pengalaman menulis artikel di kala belajar terdahulu, langkah harus diteruskan untuk menambahkan kepelbagaian ilmu dan pengalaman yang ada.

Tiada kata-kata sesalan yang terdetik dalam hati walaupun bidang yang dipelajari tersasar jauh daripada bidang yang diterokai kini. Namun, bidang ekonomi masih lagi terpahat dihati kerana itu ilmu pertama dan terakhir yang akanku terokai dalam hidup.

Kehidupan tidak pernah sunyi kiranya kita sentiasa meneroka segala ilmu dan pengetahuan di sekeliling kita. Bukan satu kerugian jika kita mencuba sesuatu yang baru untuk kemajuan diri pada masa hadapan.

Menjadi insan yang serba boleh adalah impianku... Hidup menjadi lebih bermakna tatkala kita memenuhi hasrat diri dan mengenali diri sendiri tanpa melukakan hati dan perasaan orang lain.

Pengalaman yang kita lalui itu lebih berharga dari kita mendengar pengalaman dari pihak lain. Dengan pengalaman yang ada, keyakinan kita pasti menebal dalam mengharungi kehidupan yang beronak liku dan kebijaksanaan akan dipraktikkan tanpa sebarang keraguan.

Bila menjadi penulis, otak kita semakin berfikir dan kreatif dalam menggunakan bahasa dan mempamerkan kata-kata yang mematangkan diri.

No comments:

Post a Comment