Wednesday, July 8, 2009

LIBERALISASI KEWANGAN POSITIF

Globalisasi dunia telah membuktikan bahawa tiada lagi sempadan yang memisahkan perhubungan sesebuah negara dengan negara lain sebaliknya mereka lebih bergantung kepada kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan liberalisasi kewangan yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2 bulan lalu teryata mendapat perhatian dari negara luar.

Terdapat pelbagai institusi kewangan asing berminat untuk menubuhkan perbankan islam dan kovensional di negara ini antaranya institusi kewangan dari Timur tengah dan barat. Walaupun pihak BN telah menerima banyak pertanyaan dan perbincangan dari pihak-pihak tertentu, namun ianya masih lagi dalam pertimbangan.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz berkata semasa menyampaikan ucaptama Forum Kewangan Islam di Kuala Lumpur, “ Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana ia masih diperingkat awal.”