Thursday, July 23, 2009

IMPIKAN MUTIARA, PERMATA MILIKNYA

Ini hanya sebuah cerita semata-mata. Jalan cerita yang menarik dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama...

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang tidak pernah mengenal erti putus asa bagi mengenal erti kehidupan yang sebenar di samping mengejar impiannya untuk berjaya. Walaupun berlatar belakang hidup sebagai gadis kampong tidak pernah menghalang dirinya untuk mengambil risiko sebaliknya dia mengambil keputusan untuk berdikari. Apatah lagi apabila bubapanya memanjakan dirinya bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun Baginya tiada jalan lain untuk mengenali diri sendiri melainkan melalui apa sahaja cabaran yang mendatang dan menganggapnya sebagai pengalaman.

Anak perempuan bongsu ini merupakan seorang anak yang degil dan keras kepala semasa zaman kecilnya sehingga tiada siapa yang layak memberi nasihat padanya kerana dia lebih suka bersendirian dan buat apa sahaja yang disukainya. Zaman kanak-kanaknya hanya untuk bersuka ria dan terokai keseronokan namun semua itu dibataskannya sendiri tanpa ada pengaruh lain. Dia suka berjalan-jalan dan membuang masa dengan melepak dan mencari kawan tidak kira apa sahaja latar belakang mereka. Namun dia pandai menjaga diri sendiri sehingga setiap masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

Sejak kecil dia mempunyai cita-cita tapi semuanya dalam kesamaran. Dia mencari dan terus mencari. Daripada mengimpikan untuk menjadi seorang pramugari sehingga impian itu bertukar menjadi yang lebih besar tanggungjawabnya berikutan pengalaman lama yang dilalui mengubah dirinya untuk menjadi insane yang berguna. Daripada tiada keinginan untuk belajar sehingga dia memberanikan diri untuk bersaing dan berjaya dalam setiap biang yang dia terokai tidak kira bukan bidangnya semasa belajar di universiti. Baginya hanya ilmu pengetahuan dan pengalaman yang akan menjadi senjata dan asas kejayaannya kelak. Kerana kasih sayang ibubapa sahaja yang mampu melembutkan hatinya yang keras untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Segala perubahan berlaku apabila diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di university tempatan dalam bidang yang diminati pada masa itu dan bertekad untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam hanya satu bidang. Namun, jiwanya berubah untuk memvariasikan ilmu lain dalam menambah nilai diri sendiri untuk menjadi individu serba boleh. Jika dulu dia aktif melepak, tapi kini dia aktif berpersatuan dan melibatkan diri dalam aktiviti universiti sehingga apa yang dilakukannya memberi kepuasan diri menjadi seorang pelajar yang berilmu dan berpengalaman. Jawatan yang pernah di sandang ketika diuniversiti bukan satu kebanggaan baginya tapi pengalaman itu membuatkannya lebih yakin akan kemampuan dia menakluki pengalaman lain di luar university kelak.

Di kala dia belajar, dia telah mengenali seorang pelajar yang berasal dari negara luar. Persahabatan mereka terjalin sebagai kawan biasa. Masing-masing memerlukan untuk mempelajari bahasa. Pelajar dari timur tengah tersebut ingin mempelajari bahasa melayu manakala dia cuba meningkatkan kecekapan tahap kominikasi yang lebih baik dengan berinteraksi bersama. Hari ke hari hubungan tersebut semakin mesra sehingga mereka semakin mengenali hati budi masing-masing. Namun kawannya tersebut akhirnya kembali ke tanah selepas tamat pembelajaran dan perhubungan mereka semakin renggang.

Dia merantau ke kota untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian di salah sebuah university tempatan. Pahit manis dan susah senang menapak ditempat baru ini memberikannya lebih kekuatan untuk menerokai sesuatu ilmu yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini. Selepas beberapa tahun bekerja keras dan meluaskan pengalaman dia mula memberanikan diri berdikari dan mengambil risiko dengan memulakan perniagaan sendiri dengan ilmu dan pengalaman yang ada. Kecekalan dan ketabahannya mula membuahkan hasil sehingga terpilih menjadi seorang wanita yang di segani dan Berjaya. Kesibukannya telah menghalang dirinya untuk mencari pasangan hidup apatah lagi di kala usia yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, takdir itu bukan ditangan manusia apabila cinta pertamanya kembali dengan harapan untuk bersama atas nama cinta. Kegembiraan hatinya tidak terucap apabila impiannya yang telah lama terpendam untuk hidup bersama akhirnya ditamatkan dengan perkahwinan.

Jauh di mata dekat hati. Sungguhpun jarak memisahkan mereka namun hati sentiasa dekat sehingga mereka bertemu kembali apabila kekasih lalu yang telah lama berpisah kini bekerja di Malaysia. Mereka mengambil keputusan untuk bersama dan akhirnya hubungan mereka mendapat restu ibubapa masing-masing. Dia bukan sahaja Berjaya dalam kerjayanya namun dia turut Berjaya dalam cinta yang berputik dari negara yang berbeza.

Terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dikongsikan seperti tabahnya seorang wanita untuk mencapai cita-cita yang tidak jelas sehingga dia mengambil iniasiatif mengenal diri sendiri dan meneroka setiap perkara dalam mencari minat dan impian yang kena pada jiwanya. Dia tidak pernah berputus asa mencari apa yang diinginkan walaupun pelbagai cabaran dilaluinya seorang diri.

Nilai-nilai murni
- Ilmu pengetahuan itu tiada batasannya tanpa mengira umur dan tempat
- Kenal diri sendiri dan fahami diri sendiri untuk menggapai impian
- Cekal dan tabah untuk menghadapi sesuatu
- Tetapkan misi dan visi untuk Berjaya
- Jangan sesekali berputus asa untuk menjadi seseorang yang Berjaya
- Berani dan bijak membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain
- Cinta tidak mengira negara tapi keikhlasan dan kejujuran penentu kekalnya sesuatu perhubungan
- Perubahan sementara adalah kerana manusia tapi perubahan yang kekal kerana hati yang ikhlas