Monday, January 21, 2013

SIFAT-SIFAT ALLAH


Lama tidak berbicara di dalam blog ini.  Tetiba terasa teringin untuk berbicara tetang alam dan kehidupan.  Sesungguhnya dunia ini sementara pada sekelian manusia termasuklah diri sendiri. Life is so short, namun setiap makhluk yang diciptakan itu ada tujuan dan fungisnya tersendiri.  

Manusia diciptakan dengan penuh kasih sayang. Manusia juga di anugerahkan sifat menyanyangi dan mengasihi dan mengasihani antara satu sama lain, menyayangi alam, haiwan dan apa sahaja makluk yang bernyawa. 


Namun, manusia kadang2 terlupa untuk menghargainya sehingga wujud sifat kebencian sesama sendiri kerana lemahnya iman seseorang manusia serta wujud keegoan dalam diri mereka( hasutan iblis yang benci&cemburu terhadap penciptaan&keistimewaan manusia ). 


Marilah sama-sama kita hayati 20 sifat Allah. Moga diri kita senentiasa yakin dan tidak pernah putus untuk mendekati dan menginati Allah sepanjang kehidupan kita.


BIL
SIFAT 20 ALLAH YANG WAJIB KITA KETAHUI
1
WUJUD     (ada)
2
QIDAM     (sedia)
3
BAQA      (kekal)
4
MUKHALAFATUHU LILHAWADIS (tidak sama dengan yang baharu)
5
QIYAMUHUU BINAFSIHI (Berdiri dengan dirinya sendiri)
6
WAHHDAANIYAH (Esa)
7
AL_ QUDRAH (Kuasa)
8
IRADAH   (Menentukan)
9
ILMU       (Mengetahui)
10
HAYAT (Hidup)
11
SAMA '    (Mendengar)
12
BASAR    (Melihat)
13
KALAM   (Berkata-kata)
14
KAUNUHU QOODIRAN    (Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa  )
15
KAUNUHU MURIIDUN    (Allah tetap dalam keadaan Menghendaki)
16
KAUNUHU AALIMAN   (Allah tetap dalam keadaan Mengetahui)
17
KAUNUHU HAYUUN       Allah tetap dalam keadaan Hidup)
18
KAUNUHU SAMI'AN     (Allah tetap dalam keadaan Mendengar)
19
KAUNUHU BASHIRAN               (Allah tetap dalam keadaan Melihat)
20
KAUNUHU MUTAKALLIMaN  (Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata)


SiFaT - SiFaT ALLAH SWT

Allah SWT memiliki sifat-sifat yang tentunya tidak sama dengan sifat manusia ataupun makhluk lainnya. Mengenal sifat-sifat Allah dapat meningkatkan keimanan kita sebagai hamba-Nya. Seseorang yang mengaku dan meyakini Allah itu namun ia tidak mengenal sifat Allah, maka ia perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. 

1. WUJUD 


Sifat Allah yang pertama iaitu wujud @ ada. Umat muslim yang beriman akan meyakini bahawa Allah swt ada@wujud ( Pemilik Alam Semesta ), sama sekali tiada keraguan akan kewujudannya. Setiap penciptaan alam semesta dan seluruh makhluk di muka bumi ini wujud kerana Allah swt yang telah menciptakannya. 


Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Rabb semesta alam. “ 

(QS. Al-A’raf: 54)



2. QIDAM 

Qidam bererti awal @ dahulu. Sifat ini membuktikan Allah sebagai pencipta terlebih dahulu ada daripada seluruh alam semesta dan seluruh isinya yang diciptakan-Nya. 

Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. Al-Hadid: 3)



3. BAQA'

Sifat Baqa' ertinya KEKAL.

Manusia, haiwan, tumbuhan dan makhluk selain-Nya akan mati dan hancur, seterusnya kembali kepada-Nya. Itu adalah PASTI, hanya Allah kekal selamanya. 

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan

“ (QS. Ar-Rahman: 26-27)


4. MUKHALAFATU LIL HAWADIT

Allah berbeza dengan ciptaan yang lain. Itulah keistimewaan dan keAgungan Allah swt.

Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. “ (QS. Asy-Syura: 11)


5. QIYAMUHU BINAFSIHI


Sifat ini ertinya Allah berdiri sendiri. Allah menciptakan alam semesta, membuat takdir, menentukan kehidupan, menghadirkan syurga dan neraka, dan lain sebagainya, tanpa bantuan sesiapapun. Berbeza dengan manusia yang sangat lemah, dan memerlukan perlindungan dan pertolongan dari Allah. 

ALLAH, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. “ 
(QS. Ali-Imran: 2)



6. WAHDANIYYAH

Sifat ini bermaksud ESA. Kerana itu kita wajib memuji keagungan dan keEsaannya dengan mengucap kalimat shahadat dari mula kehidupan sehingga akhir kehidupan seseorang di muka bumi ini, dgn lafaz " Asyhadu Aalaa Ilaa Ha Illallah, tiada tuhan melainkan Allah."


Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain ALLAH, tentulah keduanya itu sudah rosak binasa. Maka Maha Suci ALLAH yang mempunyai Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. “ 

(QS. Al-Anbiya: 22)

7. QUDRAT


Qudrat bermaksud kuasa. Sifat ini beerti Allah berkuasa atas segala yang ada atau yang telah Dia ciptakan. Kekuasaan Allah amat berbeza dari kekuasaan manusia kerana kemampuan manusia segalanya bergantung pada keizinan Allah untuk berlaku sesuatu. Allah berkuasa terhadap hidup dan mati segala makhluk ciptaanNya. KuasaNya sungguh besar dan tidak terbatas sedangkan kuasa manusia akan hilang atas kuasa Allah swt. 

Sesungguhnya ALLAH berkuasa atas segala sesuatu. “ 
(QS. Al-Baqarah: 20)



8. IRADAT



Bererti KEHENDAK. Sifat ini menunjukkan Allah swt memilik kehendak atas semua ciptaanNya. Bila Allah berkehendak terhadap takdir @ nasib sesorang, maka ia tidak akan dapat mengelak atau menolaknya. Manusia hanya dapat berusaha dan berdoa, Namun Allah swt yang menentukan segalanya. Kehendak Allah swt juga atas kemahuanNya tanpa ada campur tangan dari manusia atau makhluk lainnya. 

Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.” 
(QS. Hud: 107).



9. ILMU



Ilmu ertinya mengetahui. Allah mengetahui segala sesuatu, meskipun pada sesuatu hal yang tidak terlihat atau nyata. Tiada yang luput dari penglihatan Allah swt. 

Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu akan memberitahukan kepada ALLAH tentang agamamu (keyakinanmu), padahal ALLAH mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.”  
(QS. Al-Hujurât: 16)



10. HAYAT



Sifat ini maksud HIDUP. Hidup Allah tidak seperti manusia kerana Allah swt menghidupkan manusia. Manusia akan kembali padaNya jika Dia berkehendak. Namun, Allah swt kekal abadi dan Dia akan terus hidup selamanya. 

Allah tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.” 
(QS. Al-Baqarah: 255)



11. SAM'UN


Allah Maha Mendengar. Allah swt selalu mendengar semua hal yang diucapkan oleh manusia, meskipun ia berbicara dengan halusnya atau tidak didengari sama sekali oleh manusia lain. 

Dan Allah-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. “ 
(QS. Al-Maidah: 76)



12. BASAR

Allah Maha Melihat. Penglihatan Allah juga tidak terbatas cz Dia dapat melihat apa sahaja yang dilakukan makhlukNya meskipun kita melakukan sesuatu secara sembunyi. Allah mampu melihat, baik yang besar mahupun yang sekecil zarah, yang nyata mahupun sebaliknya. 

Sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan“ 
(QS. Al-Hujurat: 18)



13. KALAM

Sifat ini dapat dilihat dengan adanya Al-Quran sebagai petunjuk yang benar bagi seluruh manusia di dunia. Al-Quran merupakan firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. 

Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung. “ 

(QS. An-Nisa: 164)



14. QARIDUN



Sifat ini menunjukkan keadaanNya yang Maha Berkuasa. Allah tidak lemah sebaliknya Dia berkuasa sepenuhnya ke atas seluruh makhluk dan ciptaan-Nya.

Sesungguhnya Alllah berkuasa atas segala sesuatu. “ 
(QS. Al Baqarah: 20).



15. MURIDUN 

Sifat ini menunjukkkan keadaanNya yang Maha berkehendak. Ia berkehendak atas nasib dan takdir manusia dan seluruh maklukNya

Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melaksanakan apa yang Dia kehendaki. “ 
(QS.Hud: 107).



16. 'ALIMUN



Sifat ini menunjukkan keadaanNya yang Maha Mengetahui. Allah mengetahui segala hal yang terjadi mahupun yang belum terjadi. Allah jua dapat mengetahui setiap isi hati dan pemikiran manusia. 

Dan Allah Maha Mengetahui sesuatu. “ 
(QS. An Nisa’: 176)


17. HAYYUN


Sifat ini menunjukkan keadaanNya yang Maha Hidup. Allah tidak pernah mati, tidak pernah tidur atau lengah.

Dan bertakwalah kepada Allah yang hidup kekal dan yang tidak mati. “ 
(QS. Al Furqon: 58).



18. QARIDUN

Sifat ini menunjukkan keadaanNyaYang Maha Mendengar. Allah mendengar setiap perbicaraan manusia, permintaan atau doa hambanya. 

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. “ 
(QS. Al Baqoroh: 256).


19.  BASIRUN 

Allah menunjukkan keadaannya Yang Maha Melihat. Sifat Allah ini tidak terbatas penglihatannya terhadap manusia. Allah selalu melihat gerak-gerik kita. Oleh kerana itu, hendaknya kita selalu berbuat baik.

Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. “ (QS. Al Hujurat: 18).


20.  MUTAKALLIMUN 

Sifat Allah ini bereti Yang Berbicara. Allah tidak bisu, Ia berbicara atau berfirman melalui ayat-ayat Al Quran. Bila Al Quran menjadi pedoman hidup kita, maka kita telah patuh dan tunduk terhadap Allah swt.

Mohon Zuriat & Pengikat Kasih Sayang

"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa" (Surah Ali Imran [3]: 38)
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi' (Surah Al Anbiya' [21]:89)

 Selain tu, amalan2 doa lain yang boleh di amalkan:


http://www.quran.com/21

 Amalan pertama.

 Selepas Fajar ataupun Solat Subuh .


  • Baca Bismillah 1 kali ~ Selawat ke atas Nabi MUhammad SAW 3 kali . 
  • Setelah Sujud ~ Baca alimah syahadah 101 kali . 
  • Mohonlah hajat kita sesungguhnya Allah Maha Mendengar apa yang kita hajatkan ketika bersujud. .
  •  Tutuplah doa dengan selawat 3 kali 
Janganlah berputus asa dari mengamalkannya secara berterusan sesungguhnya Allah Maha Mengasihani hambanya dan menyayangi mereka yang bersabar.


Amalan kedua.


  • · Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.