' Sungguhpun Sukar Untuk Kita Mengecapi Sesuatu Kejayaan, Namun Tidak Mustahil Kita Mampu Memilikinya'
Saturday, April 18, 2009
Kasih Sayang Dalam Kepimpinan
Setiap manusia dianugerahkan sifat kepimpinan dalam diri masing-masing. Sifat itu merupakan satu anugerah yang diberikan kepada setiap manusia dengan adanya akal dan fikiran. Setiap pemimpin yang terpilih semestinya berpeluang meminjam sifat tuhan seperti amanah, jujur, benar dan bijaksana. Dan sesungguhnya para pemimpin itu sewajarnya menghargai peluang tersebut dan sentiasa bersyukur dengan setiap anugerah yang diberikan.
Kepimpinan yang sempurna dapat dilihat tatkala kita memahami dan menghayati 'Asmaul Husna' atau sifat-sifat Tuhan yang Maha Esa. Kerana semua sifat itu adalah contoh terbaik untuk menjadi ' The Best Leader In The World'.
Pimpinlah dengan penuh rasa cinta dan ikhlas kerana cinta itu akan melahirkan perasaan kasih sayang dalam hati setiap individu secara langsung dapat mewujudkan satu masyarakat yang bahagia...
Subscribe to:
Posts (Atom)