Wednesday, February 6, 2013

Maulidur Rasul 2013

Program ilmu sempena menyambut MAulidur Rasul telah diadakan di Perkarangan Dataran Taman Seri Tenggara pada 4 Februari 2013 jam 9.00 pm, di hadiri ramai penduduk sekitar bagi menjayakannya. Seramai hampir 150 orang telah menerima sumbangan bagi mereka yang layak menerimanya

Turut hadir, Orang Besar Raja-Raja, Datuk Meor Redzuan, : Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Tuan Haji Salleh Mat Disa, : Pemangku Timbalan Ketua UMNO, Abu Bakar Mat Ali, : Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muaamar Ghadafi Jamal, serta penduduk sekitar Parit Buntar. 


Mantan mufti Johor, Dato' Nooh Gadut dijemput hadir sebagai penceramah bagi berkongsi ilmu selain beliau turut menyentuh kisah si Tukang Sikat Rambut anak firaun yang bernama MASITAH ketika dalam ceramahnya. MASITAH merupakan seorang wanita yang teguh iman dan pendiriannya selain daripada taat setia kepada Allah supaya menjadi pedoman dan pengajaran bagi sekalian umat lain kelak.