Monday, January 21, 2013

Mohon Zuriat & Pengikat Kasih Sayang

"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa" (Surah Ali Imran [3]: 38)
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi' (Surah Al Anbiya' [21]:89)

 Selain tu, amalan2 doa lain yang boleh di amalkan:


http://www.quran.com/21

 Amalan pertama.

 Selepas Fajar ataupun Solat Subuh .


  • Baca Bismillah 1 kali ~ Selawat ke atas Nabi MUhammad SAW 3 kali . 
  • Setelah Sujud ~ Baca alimah syahadah 101 kali . 
  • Mohonlah hajat kita sesungguhnya Allah Maha Mendengar apa yang kita hajatkan ketika bersujud. .
  •  Tutuplah doa dengan selawat 3 kali 
Janganlah berputus asa dari mengamalkannya secara berterusan sesungguhnya Allah Maha Mengasihani hambanya dan menyayangi mereka yang bersabar.


Amalan kedua.


  • · Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

No comments:

Post a Comment