Friday, April 10, 2009

Kepimpinan Satu Tanggungjawab

Setiap insan pasti dianugerahkan sifat kepemimpinan dalam diri apatah lagi lahirnya ke dunia mereka sudah bergelar pemimpin yang mempunyai akal dan fikiran. Ibupaba menjadi peranan penting untuk anak-anaknya menjadi pemimpin yang terbaik di samping mampu memimpin diri sendiri untuk mencapai kejayaan sepanjang hidup mereka.

Hati ini tiba-tiba sebak dengan setiap anugerah yang diberi di mana aku bukan sahaja belajar untuk memimpin diri bahkan ada pihak yang memberi kepercayaan menjadi pemimpin dikalangan golongan muda. Segalanya berlaku dengan pantas sehinggakan aku sentiasa mengambil inisiatif memperbaiki diri yang masih ada kekurangan.

Selama 20 tahun, aku mencari identiti diri. Kini aku redha rupanya Dia anugerahkan aku kepercayaan dan keistimewaan yang sangat bernilai. Walaupun sukar untuk melaluinya, aku bersyukur dengan setiap pemberianNya. Dia sentiasa bersama dalam memberi kekuatan untuk aku bangkit memperbaiki kelemahan diri.

No comments:

Post a Comment