Friday, April 10, 2009

Penerokaan yang tiada noktah...

Kehidupan ini adalah suatu pengalaman yang tidak dapat diramal, cuma kita yang berakal harus tahu untuk menilai dan menghadapinya... Dengan adanya akal dan pengetahuan, pasti diri kita sentiasa berada ditempat yang dipercayai... Kejujuran dan keikhlasan merupakan perkara asas yang perlu ada pada seseorang pemimpin selain bijak dan berani.

Kepercayaan yang diberi di kala usia 20 tahun adalah satu penghargaan menjadi kejutan dan teka-teki dalam hidup ini. Tapi aku mula belajar memikirkan masa depan walau zaman sekolah aku sering tercari-cari di mana langkahku seterusnya. Aku tidak pernah tahu diri ini yang sebenarnya, apa yang dicari tidak pernah muncul dengan jawapan yang tepat untuk dijelaskan. Hari ke hari aku tinjau dan cuba menerokainya, namun rupanya Dia telah atur kehidupan ini.

Sebelum aku melangkah ke Universiti Utara Malaysia pada pertengahan bulan Jun, aku seperti tidak percaya tatkala diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Penaja Puteri Umno Cawangan Titi Serong. Aku dipertanggungjawabkan menjadi pemimpin pada semua puteri cawangan yang berkaitan. Bukan mudah untuk melaksanakannya, apatah lagi kebanyakan hli lain berusia lebih tua dariku. Hati ini kadang-kadang takut tersilap kata dan perbuatan terhadap mereka. Tahun pertama sangat menguji diri ini untuk menjadi pemimpin dan membuat keputusan. Namun, pengalaman itu mendewasakan aku. Diri ini menjadi lebih berani dalam melaksana dan membuat satu ketetapan dalam organisasi yang ku pimpin.

Langkahku ke UUM ada satu matlamat yang ku cari iaitu berjaya dalam bidang Ekonomi. Menimba ilmu dan juga pengalaman bukan sahaja ekonomi bahkan aku mula pertingkatkan ilmu kepimpinanku. Perbaiki diri untuk menjadi pemimpin yang berkualiti. Walaupun bidang yang kubawa sukar bagi semua pelajar tapi alah bisa tegal Biasa... Sekali lagi aku diberi peluang dan kepecayaan oleh beberapa pihak untuk menjadi pemimpin pelajar. Kepercayaan yang diberi untuk menjadi sebahagian ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2005/06 suatu yang tidak terjangka bagiku.

Minatku semankin mendalam untuk memperbaiki diri dan berjaya dalam bidang yang ku lalui sekarang ini. Jiwaku bukan sahaja ada istilah ekonomi dan kepimpinan tapi politik juga semakin sebati dengan jiwaku. Di universiti aku belajar terus belajar bukan sahaja untuk membuat program-program sebaliknya aku cuba menimba kepelbagaian ilmu untuk menambah nilai dalam diri sendiri.

No comments:

Post a Comment