Tuesday, January 22, 2013

INDAHNYA KEHIDUPAN...

Hidup ini INDAH... 




Hidup ini INDAH... 
InDaH Seindah-IndahNya bg mereka yg tahu menghargai...
Lebih indah lagi apabila hidup di kelilingi kasih sayang seperti dilimpahi bunga-bunga di taman... Dingin dan sejuk kerana adanya sungai yang mengalir lagi tenang dan bahagia...
Maka, laluilah kehidupan ini sebaik - baik makhluk yg berakal, bersyukur dan menghargai kasih sayang yg dianugerahkan dan wajarlah kebencian dielakkan. 

Hidup di dunia ini, baik disedari mahupun tidak, adalah suatu perjalanan menuju ke arah penciptanya. Perjalanan yg menentukan hidupnya di dunia dan di akhirat kelak.

Peringkat demi peringkat akan dilalui, iaitu dari setitis air mani sehingga dia dilahirkan ke dunia, kemudian melalui masa kanak-kanak, remaja, dan sampailah dewasa. 

Daripada hidup sampai mati, kemudian dibangkitkan kembali. Itu PASTI. Daripada sifat yang kurang sempurna (kekurangan) kepada yang lebih baik. 

Peringkat kejadian dan fasa yg dilalui manusia adalah sama, namun corak kehidupannya berbeda ketika melalui perjalanan hidup sebelum menemui penciptanya. 

Setiap peringkat yang dilalui adalah pengalaman untuk memahami kehidupan dan tanggungjawab seikhlasnya di samping menghargai keasih sayang dalam membentuk sebuah kehidupan yang aman, tenang dan bahagia di samping mensyukuri nikmat yang diberikan. 



No comments:

Post a Comment