Sunday, June 7, 2009

LOVE OUR ENVIRONMENT, LOVE YOURSELF


Semangat cintakan alam sekitar sewajarnya dipupuk sejak kecil supaya budaya tersebut tidak lupa dek zaman oleh generasi akan datang.
ONE WITH NATURE, ONE WITH ADVANTURE
HARI BUMI HIJAU
Anjuran : Persatuan Pengakap Kebangsaan









Walaupun penat menanam pokok, tapi pengalaman tersebut lebih bernilai kerana kita belajar menghargai alam yang dianugerahkan...




The Scout Association Of Malaysia







Sunday, May 31, 2009

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhad kepada bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan terhadap perkara lain.

Bagaimanapun katanya, pihak kementerian sedia mendengar apa jua cadangan serta pandangan daripada pihak luar antaranya parti-parti politik berhubung keputusan kerajaan itu.
''Kita sedia mendengar cadangan dan pandangan mereka mengenai perkara ini. Pintu perbincangan masih terbuka. Tidak kira sama ada pihak MCA atau MIC masing-masing boleh memberikan cadangan dan pandangan.

''Namun begitu seperti yang dinyatakan, kajian pihak kementerian merasakan penekanan tidak harus diberi kepada akademik sahaja tetapi ada beberapa perkara lain yang juga perlu diberi tumpuan yang sama,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Karnival Victoria Institution di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang membantah pelaksanaan mengehadkan 10 subjek dalam peperiksaan SPM mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam sebuah akhbar tempatan hari ini pula menyatakan bilangan subjek teras SPM akan dikurangkan kepada tiga atau empat berbanding enam subjek selaras dengan keputusan terbaru kerajaan itu.
Muhyiddin berkata, langkah tersebut juga akan memudahkan pihak kementerian memastikan subjek-subjek teras diberi tumpuan sepenuhnya oleh pelajar.

''Mereka diwajib mengambil subjek teras tetapi dalam masa yang sama mereka boleh mengambil subjek-subjek elektif tetapi tidak boleh lebih 10 subjek,'' katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kementerian mahu pelajar yang dilahirkan serba boleh iaitu bukan setakat bijak dalam akademik tetapi mampu menguasai kemahiran lain terutama berkaitan aktiviti kemasyarakatan.

''Seperti yang dinyatakan sebelum ini, daripada 500,000 pelajar SPM jumlah mereka yang mengambil lebih 10 subjek hanya 10 peratus dan ini juga merupakan salah satu faktor yang diambil kira oleh pihak kementerian,'' katanya.

Sementara itu beliau berkata, proses pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk penentuan calon yang layak dibuat secara telus.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, May 17, 2009






Apalah nasib mahasiswa/i kita?


Pusat pengajian tinggi semakin banyak dan pelajarnya semakin ramai... Tapi graduan yang lahir semakin sukar mendapatkan pekerjaan..

Siapa yang harus bertanggungjawab? Dirinya atau pihak lain!!!!...


Bila kita sudah bergelar mahasiswa/i, maka kita antara golongan yang berilmu.. Jadi ilmu itu harus dipraktikkan dan pemikiran haris semakin kreatif, inovatif, kritis dan bijak menyelesaikan masalah...

Jangan memilih pekejaan dan jangan sombong dengan sijil yang ada kerana sijil itu hanya kertas semata-mata... Tapi kini keyakinan diri, usaha dan doa sahaja yang menentukan masa depan kelak... Jangan kita menunding jari kepada pihak lain kerana kita tidak bekerja. Renungilah diri, di mana kelemahan kita sehingga kita tidak boleh berdiri sama seperti orang lain...