Thursday, June 28, 2012

Haiwan Pun Tahu Sayangkan Anak.. Inikan Manusia??



COMEL SI PANDA DI MANJA-MANJA
KASIH SI IBU TIDAK TERKIRA
WAHAI MANUSIA BERSYUKURLAH IA
KASIH SAYANG ANUGERAH ALLAH SWT

Melihat kasih sayang seekor ibu panda terhadap anaknya menunjukkan betapa berharga dan bernilainya si anak dihati si ibu, Anak terasa selamat dan dilindungi dalam dakapan si ibu yang sentiasa menjaga keselamatan anak-anaknya dari ancaman sekeliling. Manakala Si ibu merasa gembira, tenang dan bahagia dirinya apabila anak dalam dakapan.

Sedangkan haiwan tahu hargai kasih sayang, inikan manusia yang di anugerahkan akal fikiran, hati , jiwa dan  perasaan amatlah bertuah kerana menjadi insaun dan mahluk terpilih Allah SWT sebagai khalifah @ pemimpin dimuka bumi. Dengan itu, wajarlah makluk istimewa yang dikenali sebagai manusia sentiasa bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan dan sepatutnya dihargai, dijaga dan lindungi makluk lain yng memerlukan perlindungan selain berkongsilah kasih syg sebaiknya supaya keamanan dan kedamaian itu milik semua di dunia ini. 

Ilmu pengetahuan itu adalah keperluan hidup manusia supaya mereka belajar dan menuntut ilmu sebagai bekalan hidup baik dunia mahupun akhirat. Manusia diminta menghargai akal yang diberi dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan apatah lagi berkongsi kasih sayang dan nikmat  hidup sesama makhluk lain di dunia ini. 


Apabila manusia terleka dan terlupa serta sombong dengan nikmat sementara ini, mereka di uji kerana kasih dan sayang Allah kepada mereka yang sedikit terlupa untuk mengucapkan syukur. Allah Maha Mendengar, maka apa sahaja yang diperkatan oleh makhluknya baik dari hati dan mulut mereka, ia tetap didengari setiap saat dan setiap denyutan hati dan nafas kita. Namun, manusia tidak memahami dan tidak berusaha mendekati Allah sehingga menjauhkan diri sendiri dan ada yang berpaling pada perkara lain yang merosakkan. 


Contohnya, Pembuangan bayi yang tidak berdosa menunjukkan jauhnya hati manusia kepada penciptanya. Si ibu yang berakal tersalah membuat keputusan hidup dan berterusan melakukan kesalahan kerana takut kepada makhluk lain di dunia sebaliknya dia tidak takut kepada Allah SWT, Yang Maha Pencipta sekalian alam. Tiada nilai kasih sayang dalam diri si ibu kerana kesombongan dirinya mengikut nafsu dan ketakutannya hanya kepada masyarakat semata2. 


Sungguh menyedihkan apabila mengenangkan nasib ciptaan Allah ini ( Bayi ) yang tidak dipandang  dan  dicampak merata-rata seolah-oleh ianya satu ciptaan yang diciptakan tanpa nyawa sedangkan kita tahu ciptaan tersebut adalah suci dari sebarang dosa untuk diberi peluang hidup seperti manusia lain, namun, mereka dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. 


Inilah yang berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja melayu yang beragama islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT. Semua yang dilakukan hanya memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa dan masalah kelak. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. 

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.


Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:


Maksudnya:

"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".







Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.


Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.


Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:


Maksudnya:

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai"

Tuesday, June 19, 2012

Cantikya MuTiaRa.. IndahNya PerMaTa...


Monday, June 18, 2012

Jom Makan Durian & SanTai Malam Bola Sepak EURO






i LOVE My MuM...



Without You
Mom, without you, there would be no me.
Your love, your attention, your guidance,
have made me who I am.
Without you, I would be lost,
wandering aimlessly,
without direction or purpose.
You showed me the way
to serve, to accomplish, to persevere.
Without you, there would be an empty space
I could never fill, no matter how I tried.
Instead, because of you,
I have joy, contentment, satisfaction and peace.
Thank you, mom.
I have always loved you
and I always will.
By Joanna Fuchs

YouTH CHaRiTY DaY... BELiA PRiHATiN...







LaWaTaN MeNTeRI BeSaR PeRaK Di PaRiT BuNTaR






Wednesday, December 14, 2011

WELCOME TO KELLIE'S CASTLE


Kellie's Castle ( sometimes also called Kellie's Folly ) is located near Batu Gajah, and is about 20 minutes drive from Ipoh, Perak, Malaysia. 


The unfinished, ruined mansion, was built by a scottish planter named William Kellie Smith. According to differing accounts, it was either a gift for wife or a home for his son.


William Kellie Smith was from a village in Scotland known as Kellas. In 1890, at the age of 20, he arrived in the undeveloped Malaya. Here, he met an estate owner called Alma Baker, who had won concessions from state goverment to clear 360 hectares of forests in Perak. With the substantial profits made from his business venture with Alma Baker, Smith started palnting rubber trees and dabbled in the tin mining industry. In time, he become the owner of Kinta Kellas Estate and the Kinta Kellas Tin Dredging Company. Now with his fortuned home to marry his scottish swwetheart, Agnes, and brought her over to Malaysia in 1903. The following year, the couple was blessed with a daughter whom they named Hellen. For many years after that, Agnes tried to conceive but to no avail. William Smith desprately wanted a son for taking over his empire in the Malaysia Peninsula. After many years, Agnes finally gave birth to a son, Anthony, in 1915. The birth of his child was the start of expand on his mansion. Smith started planning for a huge castle which he planned to call Kellas House, after his hometown in Scotland.  



As state earlier, Kellie wanted a son very badly. One of the Madras laborers told him that by praying to Amman ( a Hindu Goddess), whom they believe will grant their wish. So Smith prayed to her and Agnes conceived and delivered a baby boy. As token appreciation, Kellie built a Hindu Temple for the Goddess. As he was so fond of theGoddess that he wanted to have built a statue of him beside her. Therefore a statue of a white man can be seen on the roof of temple today, alongside statues of Hindu gods and goddess. It is believed that a tunnel was built for his family to visit the temple from the casle. Becouse of his fascination with the Hindu relegion and indian culture. Smith plan was for this house to share similar architecture to those of Madras, with all its bricks and tiles imported from India. He even employed a big group of Indian labourers to build his dream house, to keep the Kelllas House authenically Indian. The mansion is accessible from the main road through a bridge running across a stream.    

But it was not only the cost of importing material and labourers from abroad that made the house so fascinating to locals and travelers alike. Among the many amazing things about Kellie's Castle are an elevator (it was the first in Malaya) which connects right up to the top floor, and the existence of two tunnels that run under the river nearby. One of these tunnels connects to the Hindu temple some distance away from the main house. On the second floor, Smith planned to build an indoor tennis court — an ambitious project even by today's standards. On the highest floor, there is a rooftop courtyard for parties. This castle was to be the hub for entertaining wealthy colonial planters who had settled in Malaya. His house was so unique that it was even mentioned in the London Financier newspaper on 15 September 1911.




Unfortunately for Smith, tragedies struck soon after the construction of the Kellas House began. A virulent strain of the Spanish flu spread from Europe to Asia soon after World War Iended in Europe, killing many of the workers in the Kellas Estate. Another seventy workers constructing Smith's dream castle also became victims of the flu. Smith, who had already spent a fortune on his house, lost a lot of money because of this.
In the end, Kellas House, later known as Kellie's Castle, Kellie's Folly or Kellie's Castle, was sold to a British company called Harrisons and Crosfield.